Kemana angin membawaku

Tripoto
6th Feb 2016

 Photo of Kemana angin membawaku 1/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 


"Bukit Broga"

 Pertama kali aku mendengar bukit itu, aku dongak ke muka ibuku. Ternyata beribu soalan diukil wajahku. Apa makna broga? Dimana terletak bukit yang bernama unik itu? Dan mengapa ibuku mengajak sekeluarga mendaki bukit? 

Terharu.

Tetapi soalan-soalan yang mengganguku sementara dilupakan oleh hal ehwal sekolahku yang semakin hari semakin bertambah sehingga tibanya hari berangkatan. Masa yang sempit pada pepagi hari itu tidak membenar aku untuk membaca tentang Bukit Broga dan hasil maklumat tentang bukit itu ialah dari kata-kata ibuku sepanjang perjalanan.

Sebelum tengah hari kami sekeluarga bergerak dari rumah kediaman kami. Oleh kerana cuti panjang lama dari akhir minggu ke Tahun Baru Cina, ramai keluar negara untuk menyambut perayaan di tanah desa dan ada jua seperti kami mengambil peluang untuk makan angin.

Photo of Kemana angin membawaku 2/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 

Berginilah keadaan laluan kereta sepanjang hari dari Pusat Pemeriksaan Woodlands ke seberang tambak. Kami mengambil hampir tiga jam dari permulaan "beratur" sehingga melepasi Komplex Imigrisen Malaysia Bangunan Sultan Iskandar. Kami menunai solat Zuhr dan mengidam makanan tengah hari di Pusat Kota Raya. Setelah itu kami singgah rumah Johore kami di Taman Perling untuk rehat sehingga waktu A'sr.

Di lebuhraya keadaan lalu lintas sungguh sesak, hampir bersama di tambak. Masa yang selalunya mengambil tiga jam kini memakan lima jam ke tahan desaku di Nyalas, tanah Melaka berdekatan Gunung Ledang. Penghalaman dan layanan atuk nenek di kampung memberi kami cukup rehat yang amat memerlukan selepas perjalanan yang sungguh memenatkan.

Keesokan hari selepas menunai solat jamak Zuhr-A'sr, kami menolak pergi ke pekan Semenyih di sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Di situ terletak bukit yang ibuku berazam untuk menakluk puncaknya.

Photo of Kemana angin membawaku 3/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Bermalam di Hotel Imperial Uptown. Berginilah bilik hotel ini. Hotel ini...boleh lah, orang katakan. Ibu bapa amat puas dengan hotel ini kerana kebersihannya terjaga, pegawai yang sentiasa terjaga jua, dan tidak bermasalah walaun ia hotel dua bintang.

Berdekatan hotel kami jua ada sebuah kedai/gedung Mydin Mart. Lokasi hotel ini sungguh "value added".

Photo of Kemana angin membawaku 4/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Pada jam empat pagi kami bertolak dari hotel kami dan dalam masa 20 minit kami tiba di sebuah sawa kelapa sawit iaitu jua kaki Bukit Broga. Disertai dengan keluarga-keluarga lain, kami bermula mendaki kira-kira jam 5:30 pagi.

Photo of Kemana angin membawaku 5/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Dalam keadaan buta dan hanya bercahaya lampu suluh yang kecil, kami mendaki setapak demi setapak. Ditemani dengan angin bukit dan bintang-bintang yang menaburi langit, hatiku terbisik kata-kata kesyukuran dan kebesaran kuasa yang Maha Esa.

Photo of Kemana angin membawaku 6/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed

Bukit Broga yang setinggi 400 meters ini tidak sukar untuk mendaki dan tidak mencabar. Walaupun adanya lereng-lereng bukit dan tempat jalan yang sungguh mencuram, ia boleh dipanjat dengan pertolongan tali yang disiapkan oleh jabatan kerajaan yang tertentu. Bukit Broga ini dinamakan daripada sebuah makhluk yang tinggal di puncak bukit pada zaman silam, dan bukit ini unik kerana puncaknya yang tiada mempunyai pokok-pokok yang melarang kami daripada menyaksikan matahari terbit.

Setelah lebih kurang sejam, alhamdulillah ibuku dan sekeluarga dapat mendaki puncak bukit dan menunaikan solat subuh di situ.

Photo of Kemana angin membawaku 7/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Di batu puncak sudah pun ada ramai pendaki bukit yang lain.

Photo of Kemana angin membawaku 8/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Tidak lama kemudian...

Photo of Kemana angin membawaku 9/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Cahaya matahari bermula menembusi kegelapan pagi.

Photo of Kemana angin membawaku 10/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Permandangan yang sungguh aman.

Photo of Kemana angin membawaku 11/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Dan pengalaman yang sungguh mengerti.

Photo of Kemana angin membawaku 12/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Dikelilingi dengan gunung-ganang.

Photo of Kemana angin membawaku 13/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Semuanya penciptaan yang Illahi.

Photo of Kemana angin membawaku 14/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Daripada puncak berlalang.

Photo of Kemana angin membawaku 15/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Dan puncak yang manusia membanjiri.

Photo of Kemana angin membawaku 16/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 

Photo of Kemana angin membawaku 17/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Lihat betapa ramai orang

Photo of Kemana angin membawaku 18/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed

Terserempak bersama dua pupuku

Photo of Kemana angin membawaku 19/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 

Semasa menurun adalah sukar kerana lereng-lereng bukit ini yang mencuram.
 
Photo of Kemana angin membawaku 20/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Photo of Kemana angin membawaku 21/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed

Photo of Kemana angin membawaku 22/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Photo of Kemana angin membawaku 23/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed

Akhirnya sampai di kaki bukit. Inilah tempat kita meletak kereta dan permulaan mendaki.

Photo of Kemana angin membawaku 24/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed
 
Selepas mendaki, kami berpulang ke kota Kuala Lumpur untuk makan angin.

Photo of Kemana angin membawaku 25/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Kuala Lumpur amat pesat dengan pembangunan, kereta dan motosikal, bangunan lama dan baru, dan warga asing terutama dari Indonesia dan India yang mencari kerja.

Photo of Kemana angin membawaku 26/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Salah satu daripada ribuan banguna lama di Kuala Lumpur - Institut Jantung Negara, tercacat jua ribuan kenangan dan sejarah.

Photo of Kemana angin membawaku 27/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed

Rumah kedai yang amat tua dari segi pandangan

Photo of Kemana angin membawaku 28/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed

Ini Chow Kit Road, hotel kami terletak di hujung Chow Kit Road bersebelahan Bangunan UMNO dan Dewan Tun Abdul Razak. Di hadapan bilik kami jua terjumpa dua buah sungei yang bermakna dalam sejarah Kuala Lumpur iaitu Sungei Gombak dan Sungei Klang yand dicantum sebagai Sungei Batu

Photo of Kemana angin membawaku 29/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 

Photo of Kemana angin membawaku 30/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed Photo of Kemana angin membawaku 31/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Pemandangan daripada tingkap lif hotel. Jalan raya berhadapan itu ialah Chow Kit Road.

Photo of Kemana angin membawaku 32/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Warga asing daripada India sedang membeli air minuman yand dirawat oleh alat ini yang dijumpai sepanjang jalan.

Photo of Kemana angin membawaku 33/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Kami menetap sehari semalam di Hotel Seri Pcific. Ia hotel lima bintang dan sungguh berpuas hati

Photo of Kemana angin membawaku 34/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed

Lobi hotel dengan berseri Tahun Baru Cina.

Photo of Kemana angin membawaku 35/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Bilik hotel

Tetapi...

Photo of Kemana angin membawaku 36/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Pada waktu malam di bangunan UMNO bersebelahan hotel kami, gambar Encik Najib dinyalakan. Adui tak sedap hati semasa aku tidur. Hahaha...

Makan malam di Putra Mall bersebelahan hotel kami, bersama saudaraku yang tinggal berdekatan.

Photo of Kemana angin membawaku 37/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Menikmati masakan Penang

Photo of Kemana angin membawaku 38/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed

Sarapan pagi

Photo of Kemana angin membawaku 39/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Photo of Kemana angin membawaku 40/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Photo of Kemana angin membawaku 41/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Selepas check out, kami menunju ke Universiti Islam Antarabangsa untuk menghantar kakakku kembali ke asramanya.

Photo of Kemana angin membawaku 42/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Photo of Kemana angin membawaku 43/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Aik? Keris? Ini sudah bukan jadi seperti universiti islam antarabangsa sahaja...jadi seperti universiti islam melayu. Apa jadi lah...

Photo of Kemana angin membawaku 44/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Lalu Bukit Tabur. Bukit Tabur ini...haa carilah pandai-pandai di internet tentang bukit yang penuh cerita. Hehe

Pulang ke tanah air kami singgah kedai A & W yang lama tiada di Singapura.

Photo of Kemana angin membawaku 45/45 by Shukery Idrus Idris Mohamed 
Alkisah perjalanan pulang sama jua ketika menunju ke kampung. Ramai yang berkenderaan pulang ke destinasi masing-masing selepas cuti perayaan. Dan aku, ibu bapaku sampai pulang rumah pada 4:30am. Hampir 14 jam dari Kuala Lumpur.
Be the first one to comment